Berikhtiar
Mencari Rezeki
Amanah
Ikhtiar Malaysia (AIM)
ditubuhkan pada 17 September 1987 melalui Suratcara Perjanjian AIM dan
didaftarkan di bawah Akta MAnah (Pemerbadanan) 1952 (pindaan 1981) (Akta 258).
AIM diurus tadbir oleh Lembaga Pemegang
Amanah yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan yang mewakili Kementerian
Kewangan Malaysia, Unit Perancangan Ekonomi, Unit Penyelarasan dan Pelaksanaan,
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan beberapa individu yang dilantik
atas dasar kapasiti peribadi.
OBJEKTIF
- Mengurangkan kemiskinan di kalangan isi rumah miskin yang berpendapatan rendah di Malaysia dengan menyediakan pembiayaan kredit mikro untuk membiayai kegiatan-kegiatan yang boleh menambah dan meningkatkan pendapatan.
- Melahirkan usahawan dari kalangan keluarga miskin dan berpendapatan rendah.
- Menyediakan kemidahan kewangan, bimbingan dan latihan kepada usahawan-usahawan dari keluarga miskin dan berpendapatan rendah.
VISI
- Untuk menjadikan institusi kewangan mikro yang terunggul dan berbakti bagi kesejahteraan ummah.
DASAR
KUALITI
- Kami bertekad untuk memastikan AIM menjadi sebuah institusi kewangan mikro yang terunggul dengan menyediakan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan melalui penambahbaikan berterusan. Untuk mencapai hasrat ini, kami beriltizam menjadi satu pasukan professional dan berwibawa.
SIMPANAN
(Tabung Kumpulan)
- Tabung Kumpulan diwujudkan untuk membentuk sikap menabung di kalangan Sahabat. Setiap Sahabat diwajibkan menyimpan secara mingguan antara RM1.00 hingga RM15.00. tabung Kumpulan penting untuk kegunaan semasa kecemasan dan kegunaan lain yang dibenarkan oleh ahli kumpulan.
KEBAJIKAN
(Tabung Kebajikan & Kesejahteraan Sahabat)
- Tabung Kebajikan & Kesejateraan Sahabat (TKKS) ditubuhkan untuk mengurangkan bebanan Sahabat dan waris apabila menghadapi musibah. Tabung ini member manfaat meliputi masuk wad, khairat kematian, rawatan penyakit kronik, kemusnahan rumah dan projek akibat kebakaran atau bencana alam serta sumbagan menunaikan ibadah haji. Sumber tabung terdiri daripada sumbangan Sahabat RM1.00 sebulan, 1% sumbangan daripada pembiayaan ekonomi dan sumbangan tahunan AIM.
IKRAR
SAHABAT
- "Adalah menjadi tanggungjawab kami kepada Allah untuk berikhtiar menambah rezeki, membantu ahli kumpulan dan pusat apabila mereka di dalam keseakan, menggunakan keuntungan pembiayaan untuk mengeluarkan keluarga daripada kemiskinan, menggalak anak-anak terus bersekolah dan membayar balik pembiayaan setiap minggu. Allah / Tuhan menjadi saksi segala yang kami lafaz dan lakukan… “
IKRAR
KAKITANGAN
- “Kami yang diamanahkan membantu kmeluarga miskin berikhtiar menambah rezeki, melalui pembiayaan Ikhtiar yang dikeluarkan kepada mereka yang sanggup berusaha dan mempunyai projek yang sempurna tanpa mengira bangsa, agama, jantina dan fahaman politik. Dalam tugas ini, kami bertindak secara amanah, tegas, bijaksana dan tekus tanpa mementingkan keuntungan peribadi atau balasan dalam apa-apa bentuk sekalipun daripada ahli dan bakal ahli. Allah / Tuhan menjadi saksi segala yang kami lafaz dan lakukan…”
Skim Pembiayaan Ikhtiar
SYARAT-SYARAT
KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM2,300 sebulan atau pendapatan per kapita RM460 sebulan
- Aset tidak melebihi RM50,000.00
- Taraf residensi melebihi 2 tahun di lokalti kediaman atau lokasi perniagaan
SYARAT-SYARAT
PEMBIAYAAN
- Tanpa cagaran dan penjamin
- Membentuk kumpulan dengan 5 orang ahli yang dipercayai dan menjalani latihan asas pembiayaan dan menjalani latihan asas pembiayaan selama 5 hari (1 hari 1 ½ jam)
- Menubuhkan pusat
- Menghadiri Mesyuarat Pusat setiap minggu
- Menyumbang 1% daripada pembiayaan ke dalam Tabung Kebajikan dan Kesejahteraan Sahabat (TKKS)
- Menabung dalam Tabung Kumpulan setiap minggu
- Membayar balik secara mingguan
- Mencarum dalam Tabungan Khairat Hutang (TKH)
- Caj pembiayaan 10% setahun atau 5% untuk tempoh 6 bulan atau kadar yang ditetapkan dari semasa ke semasa
PROSEDUR
KEAHLIAN
- Pemohon, setelah disahkan layak menyertai AIM, perlu menubuhkan kumplan yang terdiri daripada 5 orang sejantina yang tiada tali persaudaraan rapat, saling percaya mempercayai diantara satu sama lain dan bertanggungjawab.
- Kesemua ahli secara berkumpulan perlu mengikuti Proses Penurunan Kuasa (PPK) iaitu satu kursus wajib jangka pendek selama 5 hari, 1 setengah jam sehari. PPK bertujuan member kefahaman tentang peraturan dan syarat-syarat AIM.
- Setelah lulus dalam Ujian Pengiktirafan kumpulan iaitu satu ujian ringkas yang dijalankan di akhir proses PPK, semua ahli kumpulan perlu menyertai Pusat iaitu gabungan antara 2 hingga 10 kumpulan, ahli Pusat atau lebih dikenali sebagai Sahabat akan bermesyuarat setiap minggu. Mesyuarat Pusat akan diadakan di tempat awam seperti balai raya, surau atau bali yang dibina sendiri. Semua urus niaga AIM seperti permohonan, penyerahan modal pembiayaan, bayar balik serta kutipan simpanan wajib dan TKKS diadakan di Mesyuarat Pusat.
JENIS PEMBIAYAAN MODAL
Skim
|
Produk
|
Jumlah Pembiayaan (RM)
|
Tempoh
Bayar
Balik
|
Keterangan
|
Pembiayaan
Ekonomi
|
I-Mesra
|
Sehingga 19,900
|
25- 150 Minggu
|
·
Pembiayaan
pertama (Sahabat Baru) sehingga RM3,000
·
Pembiayaan
seterusnya dengan tambahan di bawah RM3,000
|
I-Srikandi
|
6,000 – 19,990
|
25- 150 Minggu
|
·
Ditawarkan
kepada Sahabat yang telah mengambil I-Mesra dan menunjukkan prestasi projek
ekonomi yang cemerlang
·
Pembiayaan
seterusnya adalah dengan tambahan RM3,000 dan ke atas
|
|
I-Wibawa
|
5,000
|
6 Bulan (secara
Mingguan / Bulanan / Sekali Gus)
|
·
Pembiayaan
bermusim / jangka pendek
|
|
I-Wawasan
|
20,000 – 50,000
|
25- 250 Minggu
|
·
Pembiayaan
untuk Sahabat usahawan yang Berjaya mencapai tahap keusahawanan kecil dan
sederahana
|
|
I-Penyayang
|
1,000 – 5,000
|
25- 150 Minggu
|
·
Pembiayaan
pemulihan
·
Ditawarkan
kepada Sahabat yang menghadapi masalah kegagalan projek ekonomi
|
|
Pembiayaan
Pendidikan
|
I-Bestari
|
Sehingga 5,000
|
25- 100 Minggu
|
·
Ditawarkan
kepada Sahabat yang telah mengambil I-Mesra sekurang-kurangnya sekali
·
Kegunaan
pendidikan
|
Pembiayaan
Pelbagai
|
I-Sejahtera
|
2,000 – 10,000
|
25- 150 Minggu
|
·
Ditawarkan
kepada Sahabat yang telah mengambil I- Mesra sekurang-kurangnya sekali
·
Kegunaan
pelbagai seperti pembelian aset, pelaburan dan lain-lain
|
Menara Amanah Ikhtiar,
No.3, Jalan Cempaka SD12/1A,
Bandar sri Damansara,
PJU9, 52200 Kuala Lumpur.
Tel : 03-6274 8810
Faks : 03-6274 8809
Emel : ikhtiar@aim.gov.my
No comments:
Post a Comment