Thursday, 23 January 2014

Taktik Gores Dan Menang



Taktik-Taktik Penipuan

1.    Menghantar Surat 

   Peniaga akan menghubungi pengguna melalui surat dengan mengatakan yang pengguna tersebut telah terpilih bagi peraduan yang dianjurkan oleh syarikat. Bagi mengaburi mata pengguna, sindiket menyuruh dating mengambil hadiah atau promosi gores dan menang. 

2.   Telefon

Taktik ini adalah lebih kurang dengang taktik menghantar surat. Panggilan telefon akan dibuat serta menerangkan tujuan panggilan dibuat disamping menerangkan faedah yang menarik.

3.   Kaunter Promosi

Taktik ini digunakan oleh ejen yang dilantik oleh syarikat tertentu bagi memujuk pengguna untuk memasuki peraduan gores dan menang. Pengguna akan dijanjikan dengan pelbagai hadiah yang lumayan.

4.   Rumah ke Rumah

Taktik ini digunakan oleh jurujual yang berkunjung dari rumah ke rumah dengan memperkenalkan dirinya sedang membuat penilaian sesuatu jenama. Jika pengguna terpedaya, jurujual mengambil kesempatan bagi mempromosikan barang syarikat beliau disamping menggunakan paksaan atau ugutan.

5.   SMS

Ejen-ejen tersebut memperdaya pengguna dengan menggunakan system pesanan ringkas (SMS) menggunakan telefon bimbit. MAtlamat dan motif adalah sama untuk menipu.

PERNYATAAN Biasa Sindiket “Gores Dan Menang”

Ø Tahniah anda adalah pemenang bertuah……”

Ø “Anda telah terpilih untuk memenangi……”

Ø Tempoh untuk anda menyertai peraduan ini adalah terhad…..

Ø Hadiah adalah lumayan seperti kereta, motorsikal, barangan elektrik dan sebagainya

Ø Beli sekarang, Jika tidak anda akan menyesal…..”

Ø “Tak sangka anda juga pemenang yang amat bertuah pada hari ini…..”

Ø “Kami sedang melakukan survey / kajian dan anda terpilih untuk mendapat hadiah…..”

HADIAH YANG DITAWARKAN seperti Kereta, Barangan Elektrik, Baucer Wang Tunai, Pakej Percutian dan Lain-Lain.


Modus Operandi Penipuan Skim “Gores Dan Menang”

Ø Kebiasaan ejen / syarikat akan menawarkan produk / barangan tertentu sebagai tawaran.

Ø Mengambil deposit / wang pendahuluan.

Ø Cabutan Bertuah bagi merebut hadiah utama.

Ø Menggunakan kaedah pujuk rayu, peraduan, ugutan, paksaan untuk membeli barangan yang ditawarkan.

Ø Premis bersifat sementara dan tidak menetap lama di satu-satu lokasi (berpindah dalam tempoh yang singkat).

“Jangan Terpedaya!!..”

Tindakan
Penipuan Gores Dan Menang boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999, Akta Jualan Langsung 1993 dan Akta Perihal Dagangan 1972.

Tip-Tip Mengelakkan Tertipu

1. Sentiasa berhati-hati apabila anda dikunjungi oleh jurujual / ejen yang menawarkan hadiah yang tidak munasabah nilainya. 

2.  Semak kad pengenalan ejen-ejen bagi mengetahui maklumat sebenar syarikat yang menjalankan skim gores dan menang seperti nama, alamat ejen dan no telefon syarikat.

3. Pengguna harus peka dengan kandungan iklan-iklan yang ditawarkan oleh ejen-ejen tersebut seperti nama, no. lesen, no. telefon, perihal barangan, harga, kos penghantaran dan masa penghantaran.

4.   Pengguna perlu tahu dan faham tentang kandungan kontrak jualan yang dibuat oleh ejen / wakil jualan dan kontrak tersebut perlu dibuat secara bertulis serta ada pernyataan “tempoh bertenang / berfikir selama 10 hari bekerja”.

5. Ejen syarikat tidak dibenarkan mengunjungi mana-mana premis bagi tujuan merundingkan apa-apa jualan pada hari cuti umum dan cuti awam serta hari-hari lain diantara jam 7.00 malam hingga 9.00 pagi keesokkan hari.

Tempat Aktiviti “Gores dan Menang”

1.    Rumah Ke Rumah 

2.   Komplek Perniagaan

3.   Berdekatan Pintu Masuk Bank

4.   Tempat Letak Kereta Awam

5.   Kawasan R&R di Lebuhraya


“Fikir Sebelum Bertindak, Jadilah Pengguna Yang Bijak”


KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI,
KOPERASI DAN KEPENGGUNAAN

Bahagian Kepenggunaan,
Aras 4, No.13, Persiaran Perdana, Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623 Putrajaya.

Tel : 03-8882 5500
Fax : 03-8882 5983

No comments:

Post a Comment