Sistem
e-Tribunal
System
e-Tribunal adalah sebuah aplikasi web yang telah menyediakan kemudahan kepada
pengguna Malaysia bagi urusan pemfailan tuntutan online di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia ( TTPM
).
Aliran Proses Tuntutan
Pendaftaran Pengguna
|
Pertanyaan Online
|
Maklumbalas Pertanyaan Melalui Email
/ SMS
|
Pemfailan Borang Online
|
Pembayaran Fi Tuntutan Online
( B1 dan B2 )
|
Maklumabalas Status Pemfailan Melalui
Email / SMS
|
Cetak Borang dan Membuat Penyerahan
|
Pendengaran
|
Penerimaan Award
|
Tribunal
Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)
Sebuah
badan bebas diwujudkan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 untuk mendengar
tuntutan pengguna terhadap pembekal barangan atau perkhidmatan.
Portal
TTPM adalah juga gerbang informasi bagi Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia.
Melalui portal ini, pengguna boleh mengetahui klasifikasi tuntutan, tatacara
pemfailan / pendengaran, award yang dikeluarkan. Pengguna juga boleh mengetahui
cawangan TTPM yang berhampiran dengan pengguna.
Objektif
TTPM
Menyediakan
saluran alternative selain daripada Makhamah bagi pengguna menuntut ganti rugi
secarah mudah, murah dan cepat.
Bidang
Kuasa TTPM
Membicarakan tuntutan
pengguna yang jumlahnya TIDAK
MELEBIHI rm25,000.
Siapakah
Yang Boleh Membuat Tuntutan?
Di
bawah akta berkenaan, pengguna ditakrifkan sebagai seorang yang memperoleh atau
menggunakan barang atau perkhidmatan bagi maksud kegunaan atau epnggunaan diri,
rumahtangga atau isi rumah. Mana-mana pengguna boleh membuat tuntutan di
Tribunal ini.
Had
Masa Membuat Tuntutan
Akta
telah memperuntukkan segala tuntutan hendaklah dibuat dalam masa tempoh tiga
(3) tahun dari tarikh masalah berbangkit.
Jenis
Tuntutan Yang Boleh Difailkan
Antaranya adalah
seperti berikut :-
1. Perlakuan mengelirukan berhubung dengan
barang / perkhidmatan yang dibekalkan iaitu mengenai sifat, proses pengilangan
serta cirri-ciri kesesuaian sesuatu barangan / perkhidmatan.
2.
Representasi palsu /
mengelirukanberhubung dengan barang / perkhidmatan yang dibekalkan
3.
Harga barang yang dibekalkan melebihi
harga yang diiklankan.
4.
Barang / perkhidmatan yang dibekalkan
tidak selamat atau tidak mematuhi piawai yang ditetapkan.
5. Barangan yang tidak diterima dalam masa
yang dijanjikan walaupun pembayaran telah dibuat.
Dalam apa jua kes
tuntutan yang berasas, Tribunal akan mengeluarkan perintahnya samada memberi pampasan,
mengganti atau membaiki semula barangan / perkhidmatan yang diperolehi.
Akses
ke Sistem
Akses ke Sistem
e-Tribunal boleh dilakukan dengan 2 langkah :-
1.
Melayari Pirtal TTPM di
hhtp://ttpm.kpdnkk.gov.my
2.
Klik pada ikon e-Tribunal untuk akses
ke system
Pendaftaran
Online
Pengguna
yang pertama kali akses ke Sistem perlu membuat pendaftaran secara individu
atau syarikat. ID yang diberikan hendaklah digunakan bagi tujuan akses ke
Sistem e-Tribunal.
Pertanyaan
Online
Pengguna
dinasihat membuat pertanyaan online untuk
mendapat khidmat nasihat perundangan sebelum membuat pemfailan.
Pemfailan
Borang 1 oleh Pihak Yang Menuntut
Borang
1 (dalam 3 salinan) boleh difailkan oleh pengguna yang membuat tuntutan
terhadap individu atau syarikat kerana tidak berpuas hati dengan barang atau
perkhidmatan yang dibekalkan.
Selepas
Borang 1 difailkan, Pihak Yang Menuntut perlu menyerahkan sendiri satu salinan
Borang 1 kepada pihak pembekal barangan / perkhidmatan.
Pemfailan
Borang 2 oleh Penentang
Borang
2 (dalam 3 salinan) boleh difailkan oleh penentang yang membuat pembelaan
terhadap tuntutan dalam masa 14 hari selepas Borang 1 diserahkan. Pemfailan
Borang 2 hanya dibenarkan sekiranya Borang 1 telah difailkan terhadap
Penentang.
Pemfailan
Borang 3 oleh Pihak Yang Menuntut
Borang
3 boleh difailkan oleh Pihak Yang Menuntut setelah Penentang memfailkan Borang
2. Di dalam Borang 3, Pihak Yang Menuntut boleh membuat pembelaan terhadap
tuntutan balas.
Pemfailan
Notis Henti oleh Pihak Yang Menuntut
Notis
Henti boleh difailkan oleh Pihak Yang Menuntut untuk membatal atau menarik
balik tuntutan. Notis Henti hanya boleh difailkan sebelum tarikh pendengaran.
Pemfailan
Borang 12 (Mengetepikan Award)
Pemfailan Borang 12
(Mengetepikan Award) hanya dibuat oleh :-
1. Penentang, sekiranya award Borang 5 dan
Borang 8 telah dikeluarkan / diterima.
2.
Pihak Yang Menuntut, sekiranya award
Borang 7 telah dikeluarkan / diterima.
Peraturan
Pendengaran
1.
Tribunal ini akan mengeluarkan notis
pendengaran (Borang 4) yang menyatakan tarikh, masa dan tempat pendengaran
tuntutan kepada Pihak Yang Menuntut dan penjual / pembekal sekurang-kurangnya
14 hari sebelum tarikh pendengaran.
2.
Semasa pendengaran, Pihak Yang Menuntut
tidak boleh diwakili peguam.
3. Kedua-dua pihak berkenaan berhak
mengemukan keterangan, memanggil mana-mana saksi atau mengemukakan apa jua
dokumen, rekod atau benda bagi meyokong tuntutan masing-masing.
4.
Selesai proses pendengaran, Tribunal
akan membuat perintah dan mengeluarkan Award.
5.
Award ini hendaklah dipatuhi dalam
tempoh masa 14 hari dari tarikh Award tersebut dikeluarkan.
Pembayaran
Fi Online
Pembayaran
Fi sebanyak RM5.00 dikenakan untuk pemfailan Borang 1 dan Borang 2.
Pembayaran
Fi Online menggunakan perkhidmatan Financial Processing Exchange (FPX).
Pembayaran boleh dibuat jika pengguna mempunyai akaun online di bank-bank
berikut :-
1.
Bank Islam
2.
CIMB Bank
3.
Hong Leong Bank
4.
Maybank
5.
RHB Bank
6.
Public Bank
TRIBUNAL
TUNTUTAN PENGGUNA MALAYSIA
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri,
Koperasi Dan Kepenggunaan
Aras 5, Podium 2, No.13, Persiaran Perdana, Presint
2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62623
Putrajaya.
No. Tel : 03-8882 5822
No. Fax : 03-8882 5831
e-TRIBUNAL
~ MUDAH, MURAH & CEPAT ~
No comments:
Post a Comment